Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Mufti Kerajaan
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 29 Julai. - Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned telah menerima kunjungan muhibah daripada Pengetua merangkap Kadi Syar'ie Majlis Agama Islam Wilayah Yala, Selatan Thailand, Tuan Guru Haji Abdul Basit bin Haji Mahmud berserta rombongan seramai empat orang.
Kunjungan tersebut berlangsung di Pejabat Yang Berhormat Pehin di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan, hari ini.
Dalam kunjungan tersebut, rombongan dari Yala ingin berkenalan bersama Yang Berhormat Mufti Kerajaan sambil ingin melihat dari dekat pendidikan dan kemajuan agama Islam di Negara Brunei Darussalam.